Ahad, 2009 Julai 12

king of fruit(in the memory of king of pop)


semenjak dua bulan ni pemandangan kiri kanan jalan menyucuk kalbu. ya. tanda musim durian telah bermula. pemdangan durian ini juga menyucuk2 di pasar2 malam, pasar tani, ek eh kat giant pun ada(ini tak menyucuk sangat sbb dah dok dalam bekas polistrin).
aku amat beretika dalam membaham durian. ini semua adalah kerana mahu menjadikan upacara baham durian tu suci, gembira dan tak ada side effect melampau. etika aku juga merangkum dari macamana durian tu di kupas, rasakan tenaga yg digunakan utk dapatkan yg enak. apatah durian tu kau yg kutip di bwh pokok dalam kabus pagi-betapa seronoknya meNIKMATI sebiji durian.
bahkan kau tahu pulak benih itu disemai oleh atuk mungkin moyang aku. aku dapat rasakan betapa mereka tersenyum melihat doa yg sampai dari kami.
lebih puas utk dinikmati di dusun. dgn tangkai yg masih bergetah itu, kita dikerumuni anak2 yg menanti ulasan masing2. ada pulak sungai di dusun tu!!!


ohhh..
itu tahap kayangan.,,

lepas tu terus terjun biar sampai kecut sejuk-lepas tu sebiji dua lagi.

tak campur lagi pulut and santan...

fuhhh...
itu patut di highlite sebagai sarapan vegetarian tu!!!

jadi aku akan memaksimumkan makan durian tu lebih ke thahap experience sebenarnya.aku nak NIKMATT tu. tapi memandang keadaan kami tak dapat balik kg dan dah miss musim di sana, di tahap tak tahan sampai terpaksa dibeli, elzahreh pula selsema dan doktor nasihat jgn makan buah2AN kampung. terus aku terpaku. apakah aku akan tertinggal musim kali ni dgn tak pernah menjamah sekalipun? itu rekod dunia yg belum pecah lagi tu!

oh tidakk...

kejiranan anggerik satu anjurkan pulak kenduri durian...

ehm2...



9 comments:

Berjalan2 berkata...

Dukacita juga ada buah yang cuba menderhaka dengan raja buah ini.

Patut digubal perlembagaan untuk menjaga kedaulatan raja buah.

Kasihan raja buah tak boleh menunggang kapal terbang dan beradu di hotel mewah.

pye:rudz berkata...

itu ari bapak aku bawak balik durian musang. 2 bijik rm78. tapi sumpah sedap gila!
kenapa dipanggil durian musang pun aku tak tau.

tembakau berkata...

berjalan:hahahahahaha...aku setuju...kita boleh start dgn kembalikan imuniti Raja buah...

pye: aku rasa sbb biasanya binatang ada kepakaran memilih, kalo ko terer pilih, nnt org akan panggil durian pyerudz ehehehe...

fuh tapi kalu 35ringgit sebijik, ko tolong semai bijik dia bro...

apai berkata...

huggghhh.....setahu saya makanan pak belang ialah raja buah....tu sebabnya kalau terjumpa longgokkan buah durian di kebun (tepi hutan laa....)....baik cabut lari....

Jaringan Luar Pemerhati Media berkata...

care to visit http://jaringanluar.blogspot.com

ikhwan1618 berkata...

Yon,

aku Yam.. (Ikhwan). Raja kat tempat aku tah mde2 nama tah.. Yg aku tau, bang, bagi yg plg sedap pnye.. Aku suka yg pahit2 skit. Lepas tu kalo aku sendawa, mesti bini & anak2 aku komplen!! Busuk banget. emel aku ikhwan_masduki@yahoo.com.my

ikhwan1618 berkata...

Yon,

aku Yam.. (Ikhwan). Raja kat tempat aku tah mde2 nama tah.. Yg aku tau, bang, bagi yg plg sedap pnye.. Aku suka yg pahit2 skit. Lepas tu kalo aku sendawa, mesti bini & anak2 aku komplen!! Busuk banget. emel aku ikhwan_masduki@yahoo.com.my

tembakau berkata...

nair:
itu perasa neskopi...hehehe

mike banyak duit boleh la...

ikhwan1618 berkata...

Kat tempat aku ade deghoyan namenye deghoyen tebu. Tah ngape dibagi name gitu tah. Kalo dah deghoyan tu deghoyan aje ler. Ni di campo2 ngan tebu pulak. Deme oghang2 sini ngabo, "tebu" tu dibubuh pasei manis nye lame macam kite minum ayo tebu. Manis nye manjang. Tak mahei mane deghoyan ni. RM10 per kg. Sebenor nye aku pun tak pernah try lagi.