Ahad, 2009 November 08

mr tembakau

aku lukis muka aku dulu, nanti kalau aku bersedia aku lukis muka korang pulak.

Selasa, 2009 November 03

demi masa

oooohhhh

masa bebbb

masa!!!

Selasa, 2009 Oktober 20

sampai macam tu sekali?


baru2 ni aku terdengar (lagi dan lagi) tentang pertandingan mereka blog untuk...errr....whatever. tapi kali itu ianya didengar di radio, membuatkan aku dapat detailnya dengan lebih tertekun. berbaur perasaan aku ketika itu.

  1. aku sungguh gelihati apabila memikirkan yang pihak berwajib, terpaksa mewujudkan satu pertandingan demi memupuk nilai positif dalam kandungan blog. apa negatif sangatkah kandungan blogger malaysia sehingga terpaksa dipertandingkan kandungan blog yang menyeru kepada nilai positif? aku tahu sapa yang menang beb, pastinya dia-yang-bodek-KAWKAW...
  2. hadiahnya berupa kereta peugeot 308(bergegar jugak jantung mendengarnya), naza , set komputer...pastu aku terfikir...hmmm...kalau adalah satu blog yang aku nak buat, apakah aku mengharap ganjaran daripadanya? aku jawab sudah tentu, TAPI INI bukan cara aku!!! perlu aku cakap tentang indahnya k.l secara kosmetiknya atau perlu aku cari indahnya budi warga k.l? perlukah aku tulis tentang kat mana paling banyak beemdabelyu atau keluh kesah seorang kerani yang sedang tunggu bas yag lambat dan dia mempunyai seorang supervisor dari neraka?
  3. aku mengucapkan selamat bertanding kepada yang berminat. secara positifnya, keluarkanlah yg terkreatif. berikan yang asli-mesti boleh menang. sekadar puji kosong takkan memberi nilai kepada peugeot 308 itu, jadi pastikan anda layak memandunya.
  4. oh yeh ini adalah antara pertandingan membina blog paling lumayan pernah dianjurkan dalam sejarah ...atleast asia tenggara. jadi sapa2 berminat, aku tak ingat link tu melainkan .ft di hujungnya

selamat membo...eh...mencuba!

apa begini, positifkah?

Ahad, 2009 Oktober 18

inimlayu



salam.
sedikit rasa lega berbaur dengan berlalunya syawal tahun ini. untuk beberapa hujung minggu, kami (seperti mana orang lain) ke sana ke mari memenuhi undangan jemputan ke rumah kawan2.
apapun,
ini adalah dua sketsa yang sempat terhasil. yang pertamanya tentang tahap marah orang melayu. mungkin tak ada lagi bentuk ekspressi yang dapat menggambarkan kemarahan encik ini
takde kaitan dengan persidangan ameno itu hari. ini dari satu scene storyboard yang aku lukis dua minggu sudah. ada lagi satu scene marah tapi tak sempat nak dilukis lagi.
ada seorang member pula aku rujukkan bagi karakter bersayap ni. lama gak dia mntak aku lukis karikatur dia, sehinggalah tadi baru kesampaian. ok tawon-aku harap kamu selesa bersama sayapmu!

Rabu, 2009 Oktober 07

beberapa menjak ini


...aku tak tau sapa yg mulakan, tapinya dah jadi macam, trend, atau persaingan? ianya tak juga menjadi satu yg aku suka bahkan aku rasa heyy, apahal aku kena tengok muka diorang? sejak bila MAlaysia menjadi sebegini?
aku cakap pasal menepekkan muka pemimpin di billboard sebesar-besarnya. aku rasa kalu bagus pimpinan, korang memang sentiasa di hati bro. kalau tengok muka diorang, aku dapat rasa tenang, kalau tidak pun ghairah, aku tak kisah menatap wajah2 tersebut dalam jam yg aku tengah hadap ketika itu.
tapi aku terfikir jugak, best ke kalu muka aku yg letak kat situ?
berapa banyak yg akan maki aku ?
berapa banyak awek yg akan jatuh hati kepadaku?
berapa banyak lelaki yg jatuh cinta padaku?
berapa banyak yg akan mengulangi kesetiaan kepada aku, sampai sanggup cium tangan sellagi aku bagi duit kat ko?

tapi sejujurnya, aku pun nak tengok muka aku sebesar itu setiap hari, cuma aku lebih percaya kepada apa kerja atau khidmat yg boleh aku beri daripada sekadar menepek muka semata.

Selasa, 2009 Oktober 06

naik lagi 30sen


tatkala minum tadi

"...ko tahu apasal harga rokok naik?"
tanya kawan aku dengan bengis

"...aku bengang ni tau!!!"
tambahnya dengan serius

aku, selaku umat- bayar- jelah- nak- buat- macamana?, tak terfikirkan pun sebab apa rokok naik. pada aku, media putar balik macam perokok membazir teruk sangat. salah kita jugak, perokok.

"dah tu apasal rokok naik?"
aku tanya pulak, milo tarik dah separuh cawan dah ni.

"ko pikir logik cukup la,..."
kata kawan aku dengan penuh makna


"...ok..."
aku cuba tak buat blurr


"budget dah dekat, bonus nak cari, mana lagi kerajaan nak cekau?"
dalam nada yg hampir terjegil biji matanya

sambil memegang kotak rokok, dia tambah
"aku gerenti dua bulan dia dah boleh cover..."
ˆtidaakk...tiiidaaaaaakkkˆ

Isnin, 2009 Oktober 05

...dengan sedikit pertolongan oleh rakan2...


aku rasa raya kali ni aku berjumpa agak ramai kawan2 yg sekian lama berbelas tahun tak sua. massing2 dgn muka dewasa (bukan tua)muda di hati. dgn fb pula (yahudi jugak yg menyatukan umat islam?) LAGI ramai kawan2 yg dijumpai. lebih dari cakap salam pun dah boleh buat.
disebalik teruknya ekonomi , politik busuk sekarang ni, inilah satu2nya masa yg ko boleh feel good with. masa ini ko boleh rasa duri tajam yg menyucuk masa isi minyak itu menumpul cair macam tu saja.
setiap jenaka (yang pastinya kelakar gred a) dan ketawa itu berupa rahmat dariNya seperti menyembuhkan berpuluh penyakit.
tak kurang juga makanan yg dihidangkan. cuma aku rasa, hampir tiap rumah aku pergi, masing2 mesti hidang spaghetti. tak kira dari secair cair eh hingga sepokek pokek eh, tak tahu mana ssatu authentic italiannya. atau ini sebahagian dari tanda yg masakan itali sudah mula menular dalam masyarakat kita??
mungkin tahun depan kita mungkin dapat merasa masakan dari nigeria? kuih org aborigin australia? atau mungkin daging panggang ala MAori?

aku tak kisah.

andai ada rakan2 yg tepat pada masa itu